REVIEW: MAN OF STEEL
Filem arahan Zack Snyder pengarah yang mula mencipta nama menerusi filem Dawn of the Dead ini boleh dikatakan kebangkitan semula Snyder yang dikritik teruk menerusi filem Sucker Punch. Filem yang penuh aksi luar biasa dan kostum yang sangat menarik tanpa underwear merah yang menjadi lambang Superman sebelum ini. Pelakon Henry Cavill sebagai Superman menggalas tugas dengan cukup baik walaupun kadangkala sedikit kayu. Pelakon antagonis Michael Shannon sebagai General Zod sangat memberi kesan dan pertarungan akhir dengan Superman memang sangat superb. Pada permulaan filem sudah menarik perhatian dengan visual dunia Krypton yang sangat futuristik. Kemusnahan dalam filem ini memang sangat menggila dan rasanya lebih gila dari kemusnahan filem 2012. Tidak lupa juga lakonan Russel Crowe sebagai Jor-El yang sangat memberi kesan.
8.0/10.0
YANG BEST DALAM FILEM INI:
1. CGI SANGAT GILE DAN MENGGILAKAN
2. LAKONAN YANG SUPERB DARI MICHAEL SHANNON
3. DRAMA YANG SANGAT MENYENTUH PERASAAN.
TAK BEST PUN ADA JUGAK:
1. CGI KADANGKALA MELAMPAU
2. KADANGKALA ADA BABAK YANG MEMBOSANKAN
3. LAKONAN LAURENCE FISHBURNE SUNGGUH MENGECEWAKAN.
No comments:
Post a Comment