Total Pageviews

Sunday, 1 December 2013

SENARAI 10 FILEM PALING TERUK 2012

    SEBELUM KITA TENGOK FILEM MANA YANG KENA MARI KITA TENGOK SEDIKIT FAKTA TENTANG 2012,

1, Malaysia telah mengeluarkan sebanyak 73 filem pada 2012. Paling banyak dalam sejarah perfileman.

2. Metrowealth Pictures telah mengeluarkan paling banyak filem iaitu 18 filem.

3.Filem paling laris adalah  ADNAN SEMPIT 2 dengan kutipan sebanyak RM 6.2 juta manakala filem paling rendah kutipannya LEFTWINGS dengan RM 0.20 juta.

 Ok jom kita tengok filem mana yang dikritik teruk pada 2012,

10. PE3

    
Pengarah: Farid Kamil

Kutipan: RM 1.18 juta

Mengangkat kisah perompak di Pulau Pinang, walaupun posternya agak menarik namun filem PE3 tak sehebat disangka. Jalan cerita yang kurang menarik dengan lawak bagi saya langsung tidak kelakar dan skrip yang agak teruk.

9. JANGAN PANDANG-PANDANG

p

Pengarah: Ahmad Idham

Kutipan: RM 2.51 juta

Walaupun kutipan filem ini memberangsangkan, bagi aku filem ini sangat mendukacitakan kerana skripnya agak teruk dan mengejutkan lawak Zizan yang kurang menjadi dan dibantu dengan hantu-hantu cliche Ahmad Idham.

8. UNCLE USIN

Pengarah: Husri HJ. Husin

Kutipan: RM 1 juta

Sekali lagi filem Zizan berada dalam senarai, Filem ini tidaklah terlalu teruk tapi yang buatkan filem ini teruk kerana skrip yang sambil lewa dan lakonan Syikin Kamal yang tidak meyakinkan. Filem ini diselamatkan dengan lawak yang bolehla walaupun tak banyak. Tapi kenapela Nabil hanya muncul di ending cerita sedangkan dalam poster ade muka dia?

7. Hanya Aku Cinta Kau Seorang

Pengarah: Ahmad Rusli Khadri

Kutipan: RM 0.18 juta

Filem kedua arahan Rusli Khadri ini mengangkat kisah cinta platonik yang bagi aku tidakla jelas maknanya. Bagi aku hampir semua lakonan pelakon dalam cerita ini kurang menjadi menyebabkan filem ini sukar dihayati.

6. ADIK MANJA RETURNS

Pengarah: Dharma Harun

Kutipan: RM 0.14 juta

Walaupun filem ini tidakla teruk mana kerana lawaknya yang menyengat. Tapi yang membuatkan filem ini teruk kerana Dharma tidak membuat remake yang ditunggu-tunggu peminat Adik Manja versi 1980. Plot yang longgar dan kadangkala babak yang annoying mencacatkan filem ini.

5. Ngorat

Pengarah: Prof. Madya Razak Hj. Mohaideen

Kutipan: RM 0.37 juta

Bagi aku tidak sah kalau tak ada filem Razak Mohaideen berada dalam list filem teruk. Walaupun lakonan mereka tidak mengecewakan termasuk Newcomer Iedil Putra tetapi  filem ini plotnya sangat biasa ditambah dengan visual effect yang teruk dan penampilan Aaron Aziz yang tidak membantu.

4. Aku Ada Kau Ada

Pengarah: Laila Rahila

Kutipan: RM 1.21 juta

Membariskan pelakon-pelakon handalan Malaysia, Filem ini bagi aku seperti filem tipikal MIG iaitu babak gedik yang annoying dan jalan cerita yang kurang menarik. Tapi filem ini diselamatkan dengan soundtrack yang power.

3. Sofazr The Movie Jiwa Kacau

P

 Pengarah: Isma AF7 & Tauke Raja Lawak

Kutipan: RM 0.15 juta

Filem arahan pertama Isma dan Tauke ini mengangkat kisah yang bagi aku agak menarik tapi dicacatkan dengan plot yang longgar dan editing yang sangat teruk. Tapi diselamatkan dengan lawak yang tak ingat terutama sekali Jep Sepah.

 

2. LEFTWINGS

p

 Pengarah: Faisal Ahmad

Kutipan: RM 0.020 juta

Membariskan pelakon2 yang kebanyakannya lakonan pertama diaorang. Plot yang hancur, lakonan mengecewakan dan skrip style 80-an menyebabkan filem ini hancus bagai kaca pecah.


1. Momok Jangan Cari Pasal

Pengarah: M. Jamil

Kutipan: RM 0.13 juta

Melihat poster filem ini, sudah aku agak filem ini bakal membakar duit anda. Filem yang sangat merapu dan tak ade  interesting moment scene membuatkan filem ini sangatlah hampeh dari segala aspek. Kesilapan yang tidak boleh dimaafkan macam insiden boom mic sangat mendukacitakan. Tapi dapat juga RM 130 ribu sapela yang pergi tengok tu?


  (Sekian komen aku filem teruk 2012. Siapa tak setuju sila komen ye.)


No comments:

Post a Comment